Makan malam di restoran GM Burger di Kuah Langkawi

Malam first yang aku sampai Langkawi ni, ternampak restoran GM Burger ni masa aku n famili aku tengah on da way nak pi makan malam kat restoran medan selera nelayan Bukit Malut. So aku decide malam kedua aku kat sini, nak makan burger kat GM Burger tu. Maka apabila tibanya malam kedua tu, aku dengan lantas terus menuju ke arah GM Burger tersebut dengan hati yang berkobar-kobar.

GM Burger dari sudut tepi depan

GM Burger dari sudut tepi belakang

GM Burger side yang satu lagi
Bila aku nak ambil order, aku tanya apa ada kat sini? Tukang ambil order tu cakap 'macam-macam ada'....rupanya diorang bukan setakat jual burger, menu lain pun banyak...nak makan goreng-goreng, western, menu set, semua ada.....aku ingat diorang ada menu burger je...Oleh sebab aku dah set dalam kepala otak aku yang geliga ni nak makan burger, aku pun cuba tidak goyah untuk order menu lain selain burger. Jadi aku pun order la burger seperti gambar-gambar kat bawah ni...
Burger daging special

Oblong daging

Burger daging kosong (takde sayur, takde sos)
Dok tengah makan burger, tetiba nampak meja sebelah makan koay teow kerang dan spaghetti bolognese.....macam sedap jer..hatiku mula goyang dan semakin goyang dan akhirnya, 'abang nak tambah koay teow kerang, spaghetti bolognese, french fry ye'.......tapi ternyata koay teow kerang menang sedap dah terbaikkkk!..
koay teow kerang

spaghetti bolognese

french fry
Kepada yang nak cuba menjamu selera kat GM Burger ni, korang boleh la guna gps koordinat yang aku bagi kat bawah tu...boleh rujuk google map kat bawah ni jugak...selain GM Burger ni, diorang ni jugak ada buat bisness motel dan homestay.. 

gps koordinat : 6°19'44.1"N 99°49'57.6"E

No comments:

Post a Comment