Masakan ala-thai di restoran AA Man Cafe di Permatang Pauh, Pulau Pinang

AA Man Cafe Permatang Pauh, Pulau Pinang
Salah satu altrenatif bagi yang mencari-cari masakan ala-thai di Permatang Pauh Pulau Pinang. Restoran AA Man Cafe beroperasi dari pukul 3.30 petang hingga 3.30 pagi. Lokasi AA Man Cafe ni bersebelahan dengan Sekolah Permatang To' Kandu dan berdekatan juga dengan exit highway Butterworth-Kulim. Secara lebih spesifik lagi, AA Man Cafe ni terletak di Taman Janggus Jaya. Batu tanda Taman Janggus Jaya ni betul-betul kawasan restoran AA Man Cafe ni (rujuk gambar). Kalau tengok deko dalaman restoran AA Man Cafe ni, sangat cantik dan menarik dengan hiasan dalaman, ada air terjun sebagai latarbelakang dan juga ada kolam ikan keli gergasi (keli afrika kot) yang juga di deko dengan cantik. 
Batu tanda Taman Janggus Jaya yang berada dalam kawasan AA Man Cafe

Antara view di AA Man Cafe
Tomyam seafood
Dekat restoran ni juga, korang boleh order satay, kerang bakar. dan menu-menu lain selain masakan ala-thai. Setelah aku selak-selak buku menu yang ada kat tangan aku, maka aku telah membuat keputusan untuk meng'order' tomyam seafood, sotong goreng tepung, sayur kangkung belacan, sotong masak pedas, nasi goreng kampung telur dadar dan juga sambal belacan sebagai pelengkap selera aku. Semua yang aku makan ternyata sedap-sedap belaka. Tomyam yang paling rare sikit. Biasanya tomyam seafood yang aku makan, standard mesti ada udang, sotong...tapi yang ni siap ada ketam, siput, ikan pun ada dalam tomyam tu...jarang orang letak ikan dalam tomyam...kalau nak rasa ikan dalam tomyam, boleh la datang sini..Kuah tomyam pun terbaik, mengirup aku sampai lincin..hihihi...So, kat bawah ni, gambar-gambar menu lain yang aku order....sotong goreng tepung pun sedap...
Sotong goreng tepung

Sotong masak pedas

nasi goreng kampung + telur dadar

sayur kangkung belacan

pelengkap menu - sambal belacan
Kepada korang yang nak datang ke sini, seperti yang dah aku explain kat atas tadi, segala landmark yang berdekatan dengan AA Man Cafe ni diharap dapat bantu korang untuk cari. Tapi kalau agak-agak masih blur lagi, korang boleh guna terus gps koordinat yang aku tempek kat bawah ni. Google Map lokasi AA Man Cafe pun ada sekali. semoga dapat membantu.
gps koordinat AA Man Cafe : 5°23'41.5"N 100°25'03.8"E

No comments:

Post a Comment